Read more: ehow.com/how_6645877_create-image-slide-show.html#ixzz2f2ai9qt1...

Jumaat, 27 September 2013

tanda-tanda awal isteri derhaka kepada suami


1 – Menghina atau mengumpat suami
Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekali gus menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap isteri. Jika membuka rahsia suami dianggap menjejaskan kewibawaan suami,  lagi menghina atau mengumpat suami
.

2 – Mengherdik dan menceritakan kelemahan serta kekurangan suami pada orang lain
Sifat ini terlalu berat dan buruk untuk ditanggung oleh seorang suami. Si isteri tidak sepatutnya dalam apa keadaan sekalipun mengherdik dan menceritakan kelemahan serta kekurangan suami pada orang lain. Adalah sepatutnya kita sebagai isteri sentiasa bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin.

Rasulullah saw bersabda :
Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah.

3 – Isteri keluar rumah tanpa kebenaran suami
“Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali.” (Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)

4 – Isteri mendoakan kecelakaan buat suami
Isteri yang solehah adalah isteri yang sentiasa mendoakan kebaikan, kesejahteraan dan rahmat Allah swt bagi suaminya dan bukannya sebaliknnya.

5 – Membenci kegemaran suami
Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami adalah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga. Tiada siapapun yang menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri. Satu kurniaan Allah swt yang meletakkan suami bertanggungjawab menjaga serta mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan hidup keluarganya di dunia dan akhirat serta suami wajib memberi nafkah isteri dan anak-anaknya. Sememangnya ada ketika dan masa kita rasa kehendak kita sebagai isteri tidak dipenuhi sewajarnya. Namun yang demikian itu tidak bermakna kita dengan sewenang-wenangnya berhak menafikan kesukaan atau kegemaran si suami.

Firman Allah :
Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (An-Nisa : 34)

6 – Menjadi tekanan kepada suami
Tidak dinafikan keadaan ekonomi hari ini adakalanya mampu memberi impak besar kepada sesebuah institusi kekeluargaan. Namun begitu, si isteri perlu bersikap bijaksana dan rasional dalam mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya. Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan suami. Di samping itu juga, adalah lebih baik jika si isteri sama-sama membantu menguruskan rumahtangga agar ini dapat mengurangkan tekanan kepada si suami.

Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya.
(Riwayat Ibnu Majah)

7 – Mengungkit-ungkit janji suami
Redha dan bersyukurklah dengan setiap pemberian suami. Sesungguhnya itulah nikmat dan rezeki yang terbaik bagi isteri.

Sabda Rasulullah saw :
“Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah saw ditanya: “Mengapa demikian ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.” (Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain Rasulullah saw bersabda dan bermaksud :
“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Baginda menjawab : “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.” (Riwayat Muslim)

Peringatan Bagi Kaum Wanita



Jom kita baca 24 Peringatan Untuk Wanita yang perlu kepada setiap wanita tahu dan ambil berat.

  1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).
  2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).
  3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
  4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”
  5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).
  6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”
  7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.
  8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
  9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.
  10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.
  11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.
  12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.
  13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.
  14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.
  15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.
  16.  “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”
  17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”
  18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.
  19.  “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:   Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.  Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
  • Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
  • Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
  • Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.
20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”
  • Orang yang gemuk tapi kurus
  • Orang yang berpakaian tetapi telanjang
  • Orang yang alim tapi jahil
  • Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
  • Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
  • Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21.  Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:”
  1. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
  2. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
  3. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
  4. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
  5. Ingat kepada Allah SWT
  6. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
  7. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
  8. Ingat kepada mati.

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:

  1. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
  2. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
  3. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
  4. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
  5. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
  6. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
  7. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
  8. Minta talak.
  9. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
  10. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
  11. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
  12. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita:
  1. Mengekalkan malu pada suaminya.
  2. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
  3. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
  4. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
  5. Berdiri menyambut kedatangannya.
  6. Berdiri menghantar pemergiannya.
  7. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
  8. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
  9. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.-Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
  10. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
  11. Memuliakan keluarga suaminya.
  12. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.

Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

Harga Diri Seorang Wanita




Hingga kini dunia islam bagai hilang punca, tertanya-tanya apakah jalan keluar sebenarnya bagi krisis kemanusiaan seperti pembunuhan, rompakan dan rogol? Mengapa masalah itu timbul? Jawabnya tidak lain adalah kerana insannya tidak dibangunkan. Selama ini yang dititik beratkan hanya pembangunan fizikal dan material.


Akhirnya materialnya maju tetapi manusia hidup kalau tidak seperti haiwan, tak ubahnya seperti syaitan!

Ittaqullah! Takutlah kamu kepada Allah! Di antara tanda-tanda Hari Kiamat semakin hampir adalah kebanyakan wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang! Seperti yang diriwayatkan dari Abu Hurairah RA : “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

Terjadinya huru-hara dan peperangan yang semakin parah di dunia hari ini adalah bersumber dari jiwa manusia yang tidak didorong, dipandu dan disuburkan untuk cinta dan takut pada Allah. Hati dan jiwa yang jahat telah mencetuskan kekacauan yang berterusan. Walau ilmu tinggi melangit, pengalaman berpuluh tahun, namun selama hati jahat, selama itulah manusia tidak akan dapat mendamaikan dunia ini.

Mengapa manusia seolah-olah kembali kepada peradaban penghambaan? Menjadi hamba kepada nafsu dan syaitan? Dalam sabda Nabi SAW:

“Sejahat-jahat musuh engkau ialah nafsu, yang berada diantara dua lambung engkau”. (Riwayat Al Baihaqi)

SYAITAN YANG KREATIF DAN KRITIS
Syaitan memiliki pelbagai cara strategi dalam menggoda manusia, dan yang sering dieksploitasi sebaik-baiknya oleh mereka adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan. Syaitan tahu kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.

Mengapa muslimah (wanita islam) menjadi sasaran utama syaitan?

Mungkin kita sering dengar di majlis-majlis agama, di surau-surau, di masjid, di dewan, para ustaz, mubaligh, guru dan pensyarah kerap menyatakan ungkapan ini, bahawa “kaum Lelaki mempunyai hanya 1 Nafsu tetapi mempunyai 7 Akal. Manakala kaum kanita memiliki 7 Nafsu dan hanya 1 Akal”. Mungkin ada riwayat yang menyatakan hal ini tetapi pasti ianya hanya bersifat mendidik manusia.

Jadi, kita bertanya bagaimana dan apakah strategi syaitan menggoda muslimah?

Berikut adalah cara bertahap :

I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian, gaya hiasan atau fesyen ikutan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar’i, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian. Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian mengikut peredaran zaman.

Berbeza pula jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar’i (identiti keIslaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen). Biarpun hidup bila dan di mana saja, maka hijab syar’i tetap dipertahankan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, syaitan tetap tidak putus asa. Syaitan akan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan

Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). “Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik,” Tu.. tidak apa-apa kan?

Kedua, Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. “Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu.” Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf “V” yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya. Lelaki pula tidak kisah boleh melihat dan mengagak bentuk dan saiz dada muslimah mengikut kesukaannya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, “Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, “cool”, jom cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ye?” Si wanita berfikir. “Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang. Bentuk badan kamu ramping dan kurus, kamu mesti serlahkan kecantikan agar lelaki tertawan denganmu,” syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, dicarilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. “Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin,” begitu dia menokok-nambah. Maka, pakaian tersebut akhirnya menjadi budaya ikutan di kalangan wanita muslimah, semakin hari semakin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Keempat, Agak di Buka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru seperti “cool” dan “vogue”, dibisiki wanita itu, “Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, bukankah sebaiknya dibelah hingga lutut atau mendekati paha?” Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energetik.” Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata lebih selesa, terutamanya ketika duduk atau naik kenderaan. “Yah…. tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting selesa dan simple,” katanya.

Inilah tahap-tahap awal syaitan merosak kaum wanita, sehingga ke tahap ini pakaian masih tetap kekal dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar’i yang sebenarnya. Maka kini syaitan memulakan tahap berikutnya.

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit

Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih “power” dan berani, tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya dan kelihatan seksi.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit

Syaitan Berbisik kepada wanita, “Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang selesa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki.”

Ini baru agak longgar. “Oh…… ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala……. orang tetap menamakannya dengan jilbab.”

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis

Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, “Terbukti manusia menyukai apa yang kamu lakukan, mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Bukankah itu lebih seksi dan menggoda siapa sahaja lelaki yang melihat?

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis

Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berjaya membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bertentangan dengan suruhan agama. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, “Ah zaman sudah berubah! Sekarang zaman moden, mesti ikut perkembangan fesyen terkini, nanti orang gelar ketinggalan zaman pula.”

Tetapi? Apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki.

Fitnah?

Ah…… itu kan zaman dulu, ketika itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan “ooooh!” atau “wow! hot girl”, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama-sama suka?

Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita moden di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita kampung.

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.

III. Serba Mini

Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian seharian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. “Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah.”

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba.

Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang disebut “bikini”. Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na’udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, “Menelanjangi Kaum Wanita.”

“Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki dan di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu” Syaitan tak ingin ambil risiko.

PENUTUP

Demikian halusnya cara yang digunakan oelhsyaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa dan tidak perasan. Maka hendaklah kita semua, terutamanya orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita, bersegeralah diambil tindakan. Jangan biarkan berlarutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka akan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya.

Mencegah lebih baik daripada merawat.
Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Rabu, 18 September 2013

RESEPI NASI AYAM SIMPLE


RESEPI NASI AYAM SIMPLE TAPI ADA UMMMPH..

Resepi Nasi Ayam simple, sedap pulak.. hahahahahah puji diri sendirilah nie.. 

Rumah saya tak pernah beli ayam tanpa di potong jadi tak adalah ayam besar. semua saya beli suruh potong kecil. kalau anda cadang nak buat nasi ayam.. beli ayam sekor dan potong 4 bahagian ataupun 6 bahagian aje.

Nak impress kan suami.. mesti setting ala kedai sikit.. baahahahahha..


Perapan Ayam pon sedap




Dah mari salin resepi.. 

NASI AYAM
4 cawan beras (untuk keluarga 4-5 orang)
basuh beras bersih dan toskan

lemak dan kulit ayam (jangan buang.. basuh bersih dan guna untuk masak nasi)
  1. 3 sudu majerin
  2. (bahan tumbuk)
  3. 3 ulas bawang merah
  4. 3 ulas bawang putih
  5. 1 inci halia

* on kan rice cooker anda.. bila dah panas, masukkan majerin.. tumis bahan tumbuk hingga perang.. masukkan lemak dan kulit ayam.. tumis sekali ya.. kemudian masukkan beras tadi dan kacau rata-rata hingga wangi.. memang enak benar bau dia time ni.. .. kemudian masukkan sup dari rebusan ayam.. jangan banyak sangat air takut nasi menjadi lembik.. kurang tak pe.. Ok!! siap nasi ayam!!!! 

SUP
potongan ayam ikut saiz di perlukan

(bahan tumbuk)
  1. 4 biji bawang putih
  2. 2 biji bawang merah
  3. 2 inci halia

  • 1 kiub ayam
  • daun sup
  • daun bawang 
  • bawang goreng
*tak perlu tumis.. didihkan air.. lebur je ayam ngan bahan tumbuk tu.. campak kiub ayam.. masukkan garam.. bila ayam dah masak, tutup api.. keluarkan ayam dan toskan ayam.. sup tu bahagikan ye..separuh untuk masak nasi.. dan selebihnya untuk dimakan bersama nasi ayam.. campakkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan ;)


AYAM
(sebagai bahan utama dalam pembuatan nasi ayam)
  1. Bahan perap
  2. sos tiram
  3. kicap cair
  4. kicap manis
  5. madu
  6. 3-4 titik minyak bijan
Lepas perap/lumurkan.. panaskan minyak.. dan goreng ayam.. tak perlu lama.. sebab ayam dah masak.. sampai nampak cantik je terus angkat.. potong-potong ayam macam kat stall nasi ayam :)

KUAH LADA
  1. 4-5 lada hidup (merah)
  2. 1 biji bawang putih
  3. sedikit gula
  4. sedikit garam
  5. 1/2 sudu kecil cuka
  6. 2 sudu makan cili sos
*blend kesemua bahan.. cili sos tak yah blend dulu pon takpe.. kemudian panaskan periuk.. tambah air dan cili sos (ikut tahap kepekatan masing-masing)


KUAH KICAP
*Guna balance perapan ayam tadi.. campurkan dengan kuah sup.. kalau cair.. tambah lagi kicap manis.. 

Senangkan? InsyaAllah walaupon simple je.. tapi rasa dia mengagumkan.. ok, disebabkan tu juadah untuk berbuka puasakan... rasa tak berapa best kalau menu itu je satu.. so aku buat cekodok bilis.. rangup-rangup makan dengan cili sos.. Acih sorang je hadap berapa ketul.. puas hati tengok semua orang suka ;) aku tak makan pon tak pe.. waaaahhh ibu mithali sangat ni.. hahahaha... 

Boleh refer SINI untuk resepi bangang ni.. tapi semalam aku tambah hirisan daun bawang dan hirisan cili padi... 

Ahad, 15 September 2013

Tips Menjadi Seorang Top Affiliate

Permohonan Online Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Sesi 2014

Top affiliate adalah sebuah posisi idaman bagi seorang affiliater. Hal ini demikian, seorang top affiliate dijangka akan menjana pendapatan melebihi tujuh angka setahun. Namun, tidak semudah yang disangka bagi mendapatkan gelaran top affiliate, pelbagai rintangan dari segi mental dan fizikal perlu di tempuh terlebih dahulu.

Rintangan mental seperti mudah berputus asa dan hilang kesabaran manakala rintangan fizikal seperti badan sentiasa lesu dan letih adalah asam garam seorang top affiliate yang perlu diatasi agar fokus pada promosi.

Kemahiran utama perlu ada pada seorang affiliate adalah kemahiran menarik trafik. Tanpa trafik maka tiada wang akan di hasilkan kerana tiada prospek. Bagi mengasah kemahiran mencari trafik, langkah pertama anda perlu menuntut ilmu dari mereka yang berpengalaman.

Namun, trafik akan menjadi sampah jika tidak tahu teknik menggunakannya. Seorang affiliate biasa akan memilih produk yang banyak pembeli dan mempunyai komisyen yang tinggi. Kemudian, promosi akan dilakukan dan berharap ramai orang akan klik seterusnya membeli produk melalui link mereka. Ini bukan pemikiran top affiliate.

Satu nasihat penting, jangan jadi affiliate biasa. Jadilah top affiliate. Top affiliate bukan menunggu komisyen datang secara rawak, top affiliate mencari pembeli dan ada sasaran. Tahu bagaimana hendak mencari orang untuk membeli produk affiliate dipromosikan. Itulah bezanya seorang top affiliate dan affiliate biasa.

Sebagai bantuan menjadi seorang top affiliate, disenaraikan lima teknik seorang top affiliate perlu ada.

Tahu mencari niche yang profitable

Seorang top affiliate perlu sedar dan alert pada niche profitable dan popular di pasaran. Sentiasa peka pada trend semasa, produk apa yang popular dan diminati ramai pada keadaan semasa atau dalam jangka waktu terdekat. Kadangkala, trend menular dengan begitu pantas dan anda perlu peka.

Untuk mengetahu niche yang profitable, kajian boleh dilakukan seperti pada :

  • Surat khabar.
  • Berita televisyen.
  • Iklan televisyen.
  • Forum-forum di Internet.
  • Google trends
  • Ebay pulse
Menjadi seseorang pandai menyelesaikan masalah

Seorang top affiliate bijak dalam mencari masalah bagi sesuatu komuniti dan pantas dalam membantu menyelesaikan masalah tersebut. Seorang top affiliate juga handal dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pendek kata, pandai mengambil kesempatan dalam kesempitan.


Belajar mengenal pesaing

Top affiliate sentiasa sign up newsletter pesaing-pesaingnya untuk mengkaji teknik pesaing-pesaingnya melakukan promosi. Di samping itu, top affiliate sentiasa kenal dan tahu apa yang pesaing mereka lakukan dalam keadaan semasa. Mengenal pesaing beerti mereka tahu keadaan sekeliling mereka dan membolehkan mereka untuk menyesuaikan diri pada keadaan semasa.


Beri apa orang mahu

Seorang top affiliate hanya memberi apa yang prospek mahu bukan memberi apa yang ingin dipromosikan. Jika newsletter beliau adalah dalam niche pemasaran, hanya produk niche tersebut di promosikan kepada pelanggan. Mereka tidak akan campur adukkan niche. Mereka fokus pada satu niche dan cari trafik berdasarkan profitable niche.


Pandai menulis review menguntungkan

Kemahiran tidak kurang pentingnya perlu ada pada seorang top affiliate adalah mempunyai kemahiran menulis review dengan baik. Jika penulisan anda telus, jujur dan menarik, maka orang akan menghormati anda dan membeli produk affiliate dari link anda.

Seorang top affiliate tidak akan segan silu memberi pendapat mereka mengenai produk ingin dipromosikan. Pelbagai cara untuk memberi review selain penulisan ialah video dan audio.

Bagi mendalami teknik menjadik top affiliate lebih mendalam, juga disenaraikan beberapa produk kegemaran sebagai langkah permulaan.

  1. Buat Duit dengan Affiliate - Kitab Teknik SEO Merah Jambu
  2. Pakar Affiliate - Buat Duit Di Internet Tanpa Produk Sendiri
  3. Kursus Affiliate
  4. Video Tip Affiliate Percutian Australia
  5. 12 Video Tip Affiliate Percutian Australia


ReletedSISTEM SAHAM – Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan






KENAPA SUSAH NAK DAPAT BE NUFFNANG? FAHAMI ASASNYA DAHULU!



Setelah beberapa tahun berblogging, saya tak pernah nak merasa BE Nuffnang! Kenyataan ni! Sebelum ni saya dah salah anggap dengan pendapatan ciput aya dalam Nuffnang, ingatkan tu semua BE, rupanya CPC ( Cost-Per-Click ).


BE dan CPC ni adalah 2benda yang berbeza.


CPUV ( COST-PER-UNIQUE-VISIT ) CAMPAIGNS


CPUV @ BE adalah iklan yang berlegar dalam blog kita berdasarkan kiraan masa. Kiranya, pihak pengiklanan memilih blog anda atas beberapa kretirea. Mungkin sebab blog ramai pengunjung, trafik tinggi/maintain, "orang kuat Nuffnang", Tempat iklan dan Status Geli-geli Glitterati. Boleh baca Tips Cara Untuk Dapatkan BE Nuffnang! Bagaimana nak tahu kita dapat BE? Cuba tengok gambar kat bawah. Nak tunjuk yang saya, saya tak pernah ada lagi rekod ni.

Dalam rekod BE ni,Ia ada Campaign, Blog, Start Date, Status, CTR, CTR Bonus, danAmount.

Belas ehsan Google --> LINK

Campaign = Jenis kempen yang berlegar dalam iklan blog anda. Contoh ; Digi, CIMB dll.

Blog = Blog anda

Start Date = Tarikh bermula kempen dalam blog anda

Status = ada 2 status ; Credited dan On Going. Status Credited bermaksud, kempen yang masuk dalam blog anda dah tamat dan sudah diberikan RM nya. Status On Going pula bermaksud, kempen dalam blog anda tengah berjalan/berfungsi. Nilai RM sebenar belum lagi ditunjukkan dan hanya RM semasa yang ditunjukkan. Faham?

CTR = Click Trough Ratio. Maksudnya Bilangan klik pada iklan anda. Semasa proses berlakunya iklan, maka makin tinggilah CTR. Makin tinggi CTR, makin banyak earningnya. Akan tetapi, ramai blogger yang amalkan " Sila klik iklan saya, nanti saya klik iklan awak." Hehe, cari padah ni. Jaga-jaga, Nuffnang bijak bro. Jangan gatal-gatal tinggalkan pesanan macam tu, sebab nanti anda boleh didetect sebagai fraud Click! Fraud Click? Dalam next post saya kan terangkan apa itu Fraud Click. Untuk pengetahuan, sila Google je dulu.

CTR Bonus = Terpulang pada Nuffnang, Bonus ni dapat daripada CTR. Dapat CTR Bonus, maknanya dapat banyaklah amount/earningnya tu.

Amount = Jumlah wang yang terkumpul untuk kempen berstatus On Going dan Credited.

Faham setakat apa yang saya terangkan mengenai BE? Tak faham, drop komen dalam box bawah ok?



CPC ( COST-PER-CLICK ) CAMPAIGNS

CPC ni adalah iklan yang masuk dalam blog yang diklik oleh pengunjung. Kalau bernasib baik, klik yang diklik itu akan membuahkan hasil. Biasanya kalau yang berstatus glitterati akan dapat RM0.25. Banyak dah tu. Kalau keahlian biasa RM0.15 je kot. Kalau tak silap AA lah, kalau salah sila betulkanlah ye.

Selama saya erblogging, saya bergantung harap pada CPC ni je le. Mungkin lagi 10 tahun kot dapat cashout.

Nuffnang, please bagi le BE 10 serentak dalam blog hamba ni. Sedih betoi!

Cukup dengan fahaman pendek mengenai BE dan CPC ni? kalau ada apa yang musykil, boleh tanya saya. Walapun tak pernah dapat BE, tapi pengkajian akan tetap diteruskan untuk fahaman pengguna lain.

# Pada yang nak tanya Nuffnang tentang kemusykilan akaun anda, sila hantar tiket. Ini juga tips dapat BE. Cara nak hantar tiket? Refer --> Cara Hantar Tiket Kepada Nuffnang!


Sumber




CARA HANTAR TIKET KEPADA NUFFNANG




Cara nak dapatkan BE daripada Nuffnang tapi tak tahu cara? Nak tanya Nuffnang kenapa iklan tak banyak dalan blog? Nak tanya nuffnang cara terbaik nak dapat iklan? Status Glitterati ditarik Nuffnang? nak tahu sebab status Glitterati Ditarik? Nak dapat trik/tips daripada nuffnang?

Pernah alami sintom-simtop macam ni pada diri anda sebagai seorang blogger? Mari AA tunjukkan cara / jalan penyelesaian kepada masalah anda semua. Kalau rajin, baca lah Tips Untuk Dapatkan BE daripada Nuffnang. Moga-moga dapat bantu anda semua untuk dapatkan BE daripada Nuffnang.

Seperti yang saya katakan kat bahagian atas sana, hari ni saya akan tunjukkan cara untuk korang menghantar tiket kepada pihak Nuffnang. Korang boleh tanya apa sahaja kepada pihak nuffnang, tapi jangan dok tanya mintak awek/pakwe pulak ye. Tanya yang berkaitan dengan blog sudah le. ^_^ Kang tak pasal-pasal nuffnang tendang korang kalau tanya pelik2.
Jom tengok cara.


1. Buka laman web Nuffnang.
2. Scroll down ke bawah, klik kat CONTACT US.


3. Anda akan dibawa ke satu page macam ni. Anda tick pada Blogger Enquiries/Suggestions. Pastu klik next.



4. Anda akan dibawa ke page lain pula. Macam kat bawah. Kotak yang saya letakkan MERAH itu wajib anda isi! Nak tulis dalam BM pun boleh, BI pun boleh. Diorang akan jawab dalam BM/BI berdasarkan pertanyaan anda. Tapi biasanya nuffnang jawab dalam BI.

# Bahagian Priority:
ANDA PILIH HIGH. LAGI CEPAT NUFFNANG NAK RESPOND.




5. Kalau dah siap isi semua, anda klik lah pada Submit. Ia akan keluar segala content tiket yang korang hantar pada pihak nuffnang. Senang je kan.?

InsyaAllah paling cepat nuffnang akan respon, 1hari. Harap2 pada yang hilang status Glitterati tu, buat lah cara ni. saya dapat balik dalam masa 2 hari je. Jom baca entri Status Glitterati Kembali Semula.



Klik lah satu iklan Nuffnang





CARA MEMBUAT PEMBACA JATUH HATI PADA BLOG




Semua blogger sentiasa mengharapkan ada pulangan yang positif apabila mereka mewujudkan laman blog seperti trafik yang tinggi serta respon daripada pembaca. Kadang-kadang ramai yang merungut, blog dah cantik, sejuk mata memandang tapi pembaca setia tiada. Pernah tak anda terfikir, bagaimana seseorang boleh jatuh cinta kepada blog orang lain sedangkan pada mata kasar anda, blog itu hanya bersahaja? Pernah tak anda khatamkan keseluruhan aspek penulisan blog itu ; Cara Penulisan, Antaramuka Blog dan Demografi Pembaca. Untuk kali ni, AA akan jelaskan secara ringkas tentang 3 elemen yang mana AA rasa sangat lah penting dalam mencuri hati pembaca blog. Jangan lupa, 3 elemen ini sepatutnya manjadi asas kepada pembikinan sebuah entri yang menarik!


Cara Penulisan

Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Anda perlu mengenal dahulu siapa empunya penulisan. Cuba kenali siapa yang menulis artikel yang membuatkan anda tertarik untuk terus membaca blog beliau. Apa yang terluah/ditaip sudah semestinya terlahir daripada buah pemikiran dan hati yang murni. Mungkin ada sesetengah blogger yang buat blog semata-mata sebagai medan untuk melepaskan kemarahan, kesedihan dan kekecewaan diri. AA tak pernah kata cara penulisan begitu salah, cuma perlu ingat apa objektif utama untuk kita berblog. Secara purata, pembaca akan lebih terarah kepada penulisan yang baik tutur kata, "bahasa berbunga", dan tiada unsur penghinaan. Bayangkan, anda baca satu artikel yang agak menarik tajuknya, tetapi isi kandungan penuh dengan bahasa yang kurang sopan ; maki hamun dan fitnah, mesti hilang selera nak baca sampai habiskan? So, cara penulisan banyak mempengaruhi minda pembaca. Sila guna cara penulisan yang boleh menarik kepercayaan orang lain untuk terus setia bersama anda. Sama lah juga macam anda setia kat pasangan kekasih. Apa yang anda buat?? Mestilah cakap sopan, lemah lembut, manis mulut. So, kenapa tak praktikkan dalam penulisan blog anda?


Antaramuka Blog / Blog Interface

Kenapa anda tertarik pada blog AA? Kenapa anda tertarik pada blog-blog lain? Faktor antaramuka blog atau lebih dikenali sebagai blog interface penting untuk menarik perhatian pembaca. Biasalah blogger wanita, tak sah kalau blog tak warna pink! Fully pink, dari header sampailah ke footer. Kalau boleh, siap dengan fontnya sekali warna pink! So kena banyak bermain dengan psikologi pembaca. Kadang-kadang ada pembaca yang sangat-sangat suka pada warna biru! So kenapa tak apply warna tu dalam blog anda? Sebaiknya, sebelum anda apply / edit blog, sila buat kajian dahulu tentang selera pembaca. Lebih daripada 80% jawapan anda boleh peroleh daripada Pakcik Google. Gunalah sebaiknya kalau nak berjaya! Antaramuka blog/ interface blog yang simple dan tak banyak widget pun menjadi pilihan pembaca. Sila hadkan widget-widget yang ada dalam sidebar anda. Apa yang tak penting, sebaiknya cepat-cepat delete. Ha, ada juga blogger yang rajin letak lagu automatik dalam blog. Tak salah kalau nak menyedapkan telinga pembaca.


Contoh 1 : saya sendiri suka dengan blog AKU PENGHIBUR, walaupun beliau memasang lagu automatik kat blog. Lagu dalam blog tu buat saya selalu nak melawat blog beliau. Secara tak langsung, anda sendiri pun dapat menarik pembaca setia datang ke blog anda! Cuba lah try guna lagu blog AKU PENGHIBUR, konfem ramai pembaca yang suka datang blog anda! :)


Contoh 2 : saya suka baca blog HasrulHassan.com sebab beliau banyak menyediakan tips serta panduan yang berguna untuk memantapkan cara penulisan saya. Interface blog beliau memang high class! Tak serabut, kedudukan iklan serta banner yang menarik untuk menarik perhatian pembaca.


AA telah listkan beberapa blog yang sering saya lawati di dalam bloglist saya. Anda boleh rujuk di sana.
Widget yang wajib ada dalam blog anda ( saya sarankan ) : List follower, Google+, Shutbox, Bloglist, Senarai Post, Popular Post, dan Link/Pautan Laman Sosial.



Demografi Pembaca

Buat kajian teliti kepada siapa yang anda target tujuan anda berblog. Anda boleh bahagikan kepada 2 kategori utama ; Jenis kelamin dan umur pembaca. Demografi yang di maksudkan adalah seperti di bawah :

Demografi Pembaca Blog berdasarkan

Jenis Kelamin
64 % --> Lelaki
36 % --> Wanita

Umur
1 % --> 15-19 Tahun
14 % --> 20-29 Tahun
61 % --> 30-39 Tahun
17 % --> 40-49 Tahun
8 % --> 50+ Tahun


Kalau anda target pada kanak-kanak, buat lah laman blog yang berbentuk keanak-anakan. Guna background yang ceria dan berwarna warni yang berunsur kartun. Yang lain, boleh survey kat Google. Sebaik-baiknya, sediakan satu poll survey yang membolehkan anda mengetahui statistik demografi pembaca. Anda boleh gunakan poll yang disediakan oleh pihak nuffnang. Banyak lagi kategori yang anda boleh listkan seperti : jenis pekerjaan, tempat tinggal, dan status diri.

Panjang sangat AA berceramah kan? Bosan kan? Sila jangan bosan ok. Hehe, saya cuma mahu kongsi tips yang berguna untuk anda semua. Ini juga sebahagian daripada kajian saya sendiri dalam memantapkan sebuat penulisan blog saya sendiri. Secara peribadi, Saya suka untuk berkongsi dengan anda semua


Nak tips lain, baca seterusnya.







Anda pernah dengar pasal Asiafans.net?

Kalau tak pernah, saya akan ceritakan secara ringkas mengenai Asiafans.net.


APA ITU ASIAFANS.NET?

Asiafans.net ini dikelola oleh seorang anak muda Melayu yang bernama Syafiq Ajis dan beberapa orang moderator lain. Selain Asiafans.net, beliau turut mempunyai web lain sepertiwww.longoi.com yang berfungsi sebagai tempat perkongsian movie/gosip/berita. Dahulu Asiafans.net ini menyediakan satu perkhidmatan/tool Trafic Exchanger untuk meningkat trafik blog dengan kemudahan ping entri beserta dengan tawaran bonus koins bagi setiap earn coins yang anda buat. Dengan koins terkumpul, anda boleh gunakan untuk tebus tawaran boost trafic. Alhamdulillah, sejak bersama tool itu, perkembangan blog AA dari hari ke hari makin meningkat. Tambahan dengan penyertaan Saya sebagai sponser di dalam satu segmen yang pernah di anjurkan dahulu.

Sebagai tambahan pengetahuan, anda boleh baca pengalaman saya bersama Asisfans.net DI SINI dan SINI.

Interface keseluruhan - Klik Untuk tumbesaran

Beberapa hari yang lepas, saya mendapati laman asiafans.net telah berubah sepenuhnya dan bertukar nama menjadi FORUM KOMUNITI BLOGGER. Refer gambar atas, secara keseluruhan muka depan Forum. Wah satu peningkatan yang bagus! Hasil tangan anak muda Melayu tu! Siapa tak support anak Melayu sendiri kan? Laman Forum ini menyediakan medan untuk membincangkan sesuatu topik sesama ahli komuniti. Nak tambah senarai kenalan pun boleh. Tapi kalau dah join, jangan pula menyalahgunakan kemudahan yang ada. :)


Tapi sayang, saya terpaksa daftar balik untuk join komuniti ini. Mungkin maklumat yang lama dah tak berfungsi.




INTERFACE FORUM

FORUM KOMUNITI BLOGGER ini masih lagi berada di tahap penambahbaikan dengan beberapa tool yang mesra pengguna. Saya telah explore beberapa tool yang ada di dalam forum ini. Contoh yang anda boleh lihat seperti gambar di bawah.

Senarai tool - klik untuk tumbesaran




#1 : FUNGSI TOOLBAR


Saya  akan terangkan secara am tentang fungsi beberapa button yang ada di atas bar itu.

1. KOMUNITI BLOGGER MALAYSIA - Laman utama forum.
2. FORUMS - Senarai forums yang telah diterbitkan oleh admin, moderators dan members.
3. DOKUMEN - Senarai Topik yang dibincangkan.
4. BLOGS - Senarai Artikel daripada pelbagai sumber.
5. KONGSI ILMU - Artikel mengikut kategori : SEO Tool, dll.
6. KEDAI - Tempat Untuk shopping secara maya seperti ebooks, template, plungins, widget dan software.
7. GALERI - Perkongsian gambar upload.
8. MEMBERS - Ahli FORUM KOMUNITI BLOGGER beserta dengan status keahlian, Tarikh join, bilangan post.
9. SHOUTBOX - Nampak gambar kat atas? Itu lah shoutbox yang dimaksudkan. Kedudukan berada di atas. Mudah, senang dan jelas.


#2 : AKAUN PENGGUNA

Tambah kapsyen

button depan akaun pengguna


interface keseluruhan akaun pengguna


Saya masih lagi newbie ^_^. Banyak lagi yang saya perlu explore tentang forum ini. Setakat apa yang saya nampak, secara keseluruhan, forum ini sangat mesra alam. Tiada tool yang berat/susah untuk digunakan. Sekali signup, anda akan faham terus. Tambahan dengan admin yang juga bermain dengan SEO untuk forum ini. So, Kalau ping entri di sana, InsyaAllah berkemungkinan besar, anda akan dapat pulangan hasil blog yang cukup memberangsangkan.

Saya baru aje daftar beberapa hari tapi alhamdulillah berkat kesepakatan antara saya dan admin untuk terbitkan entri berkaitan Asia Fans Blogger Network - Komuniti Blogger Malaysia akhirnya telah saya laksanakan. Kepada anda yang berminat nak join, boleh lah klik iklan di atas untuk sign up sebagai ahli. Kalau tak pandai, dalam entri berikutnya, Saya akan buat satu tutorial cara untuk daftar dengan Asia Fans Blogger Network - Komuniti Blogger Malaysia. InsyaAllah. Sama-sama kita berkongsi idea serta pendapat untuk meningkatkan lagi prestasi sebagai blogger Malaysia.





PENJUALAN SISTEM RAYCODE - SISTEM PENGURUSAN PENGELUARAN


Alahmadulillah, saya dapat update lagi blog buat sekelian kalinya. Kali ni post saya mungkin agak bercirikan perniagaan. Kepada sesiapa yang nak mengetahui tentang selok belok perniagaan yang saya ambil "share" sedikit sebanyak, boleh meneruskan pembacaan anda ke bawah. Jualan yang saya ingin terangkan secara ringkas adalah Sistem Pengurusan Pengeluaran.


FUNGSI RAYCODE SYSTEM


RAYCODE SYSTEM atau dikenali sebagai Sistem Pengurusan Pengeluaran ialah aplikasi pangkalan data ( database) yang digunakan untuk merekod pembelian dan penjualan barangan. Dengan menggunakan sistem ini, ianya memudahkan pengusaha – pengusaha perniagaan yang bersaiz kecil dan sederhana seperti Kedai Buku, Kedai Alat tulis, Kedai Perabot, Kedai Kasut, Kedai Alat Telefon, dan lain2 untuk merekod maklumat pembelian barangan,rekod pembekal serta penjualan.

Boleh digunakan bersama dengan mesin pengimbas barkod untuk merekod jualan seperti di gunakan di pasaraya.

interface raycode system



Raycode System mempunyai kemudahan untuk mencetak resit pembelian dan tuan punya perniagaan boleh merekod butiran pembelian bahan mentah, pengeluaran bahan mentah, rekod pengeluaran, rekod jualan, maklumat pembeli,maklumat penjual serta membuat pengiraan baki stok secara automatik Kedudukan baki stok barang juga dapat diperolehi dengan pantas dan dengan ini memudahkan pengusaha untuk membuat pembelian barangan.

Raycode System juga mempunyai kemudahan untuk mencetak barkod. Barkod ini boleh ditampal di mana – mana barang yang tidak mempunyai pelekat barkod. Selain itu, pihak Raycode System Developement ada menyediakan penjualan barcode Generator yang akan saya terangkan selepas ini. Sistem ini mengandungi data – data pembekal,data pembeli rekod barangan serta rekod jualan. Sistem ini sesuai untuk kegunaan premis peniagaan persendirian bersaiz kecil dan sederhana dan digunakan secara setempat.


Dalam kata mudah, anda boleh bayangkan sistem yang digunakan di pasaraya besar seperti Giant/ Tesco yang mana menggunakan sistem komputer dan barcode scanner.



KANDUNGAN OPERASI SISTEM PENGURUSAN PENGELUARAN

Di dalam sistem ini, terdapat beberapa elemen.

Modul - Rekod Jualan, Tempahan, Pembelian, dll.
Laporan - Rekod bayaran dibuat , Baki Hutang, Baki Stok, dll.
Tetapan Data - Cukai barang, Cukai Perkhidmatan.
Kemudahan Dan keselamatan Data - Sistem yang menggunakan katalaluan, Backup
Mesra Pengguna - Buta ICT pun boleh guna!


BARCODE GENERATOR


Seperti yang saya katakan di atas tadi, pihak Raycode System Developement menyediakan perkhidmatan penjualan barcode generator. Barcode generator ini berfungsi untuk menghasilkan barcode yang tersendiri bagi produk-produk yang belum mempunyai no barkod khas.

Contoh ; Anda seorang Peruncit Mini Market. Anda mahu menyediakan no barkod pada setiap produk yang anda sediakan di kedai anda. Nak guna puncher harga nampak macam low class kan? Lepas tu kena punch harga pada mesin pengira harga pula kan? So, di sini, pihak kami menyediakan kemudahan yang senang dan mudah untuk anda. Tak perlu bersusah payah untuk punch harga sana sini, cuma beli barcode generator. Apa yang menariknya, barcode generator ini mempunyai 65K no barkod. Anda boleh generate seberapa banyak nombor ikut keselesaan anda. Kemudian cetak no barkod anda pada sticker A4 dengan menggunakan laser printer. Mudah bukan??





PERTANYAAN / TEMPAHAN / MAKLUMAT TERPERINCI

SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN, BOLEH BERTANYA PADA AA MELALUI KAEDAH :

EMEL : sitianirah@gmail.com

FACEBOOK : ANIRAH AZURI

ATAU BOLEH BERURUSAN TERUS KEPADA BOS RAYCODE SYSTEM DEVELOPMENT

PEMILIK : Zulkifli Bakar

BLOG : SISTEM PENGURUSAN PENGELUARAN
NO FON : 019 5606066 / 0134910010 /
EMAIL: zulsystem@yahoo.com

FACEBOOK : ZULKIFLI A BAKAR



KENAPA PERLU BELI DENGAN KAMI?

Kami memulakan perniagaan mencipta aplikasi untuk kegunaan sekolah - sekolah seluruh Malaysia bermula pada tahun 2000. Sistem - sistem yang dibangunkan oleh kami telah digunakan di lebih daripada 1000 buah sekolah - sekolah. Anda boleh melihat bukti melalui laman INI. Kerana mendapat kepercayaan yang tinggi, pihak kami membuat operasi baharu seperti Raycode System ini untuk penggunaan jualan barangan pengguna. Sistem perkhidmatan selepas jualan yang memuaskan serta harga yang berpatutsan membuatkan pelanggan - pelanggan meyakini sistem yang kami bangunkan. KENAPA PILIH YANG LAIN SEDANGKAN KAMI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN YANG LEBIH BAIK??








TUTORIAL SEO : 8 PERKARA ASAS SEO





Sebelum membuat atau memulakan sesebuah website ataupun blog, anda perlu tahu sekurang-kurangnya beberapa asas SEO. Ini adalah salah satu cara untuk meningkatkan atau memepercepatkan website atau blog anda masuk ke dalam carian enjin ( Search engine ). Ia juga merupakan salah satu cara untuk anda berjaya dalam perniagaan yang anda buat. Untuk kali ni, saya akan senaraikan beberapa tips yang akan membantu anda untuk membina sebuah laman website atau blog yang memberi keuntungan kepada anda.

1. Carian keyword
Carian Keyword adalah sesuatu yang sangat penting. Anda boleh menggunakan Google Keyword AdWords, Scribe SEO dan Advance Web Ranking (berbayar).

2. Medan Sosial
Ini adalah salah satu cara untuk memperagakan atau menarik lebih ramai pembaca datang ke website atau blog anda. Join group-group blogger. Yang lebih penting, website atau blog anda sendiri akan boost!

3. Link Dalaman
Link dalaman amat penting untuk meningkatkan jumlah bacaan.
Contohnya seperti ini --> Cara Naikkan PageRank .
Ini adalah salah satu cara untuk mempercepatkan PakCik Google Detect dan naikkan keyword ranking anda.

4. Post Relevan
Post yang berkualiti sebenarnya asas yang utama dalam SEO. Post yang bagus dan berkualiti adalah satu cara untuk menarik pembacaan pengunjung. Jangan lupa, tajuk pun mestilah relevan juga. Jangan postnya lain, tajuknya pula lain.

5. Posting Tetamu
Bergabung dengan site yang lain adalah cara yang bagus untuk membuat backlinks pada website atau blog anda sendiri. Sentiasa lah meninggalkan komen pada website atau blog yang mempunyai ranking yang tinggi seperti Blog Ben Ashaari / Fizz Graphic / CCi ( sebenarnya banyak lagi, tapi yang ni je yang selalu dilawati ) untuk membantu orang lain / komuniti mengenali diri anda.

6. Navigation
Perlu ada navigation! Cara mudah untuk pembaca selongkar isi kandungan website atau blog anda. Sitemap sangat membantu!

7. Cuba Servis Bayaran Per Click
Post remix di Says.com / Gushcloud. Salah satu cara yang mudah nak hebahkan post anda pada komuniti. Lagipun, anda boleh buat duit tambahan.

Tak percaya? Tengok sini --> Cashout Says.com RM250 n Dapat RM40++ Dalam Masa 1Minggu.

8. Perkongsian Mudah
Benarkan pembaca anda copy link post anda dalam FB atau Twitter. Ini akan membantu anda untuk dapatkan backlink dari luar.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERKHIDMATAN & PROGRAM

Label

Manu (1)