Read more: ehow.com/how_6645877_create-image-slide-show.html#ixzz2f2ai9qt1...

Ahad, 15 September 2013

SAMBAL TUMIS SOTONG BERSANTAN



Assalamualaikum WBT buat semua pembaca setia blog ini yang sangat saya kasihi. Apa khabar anda semua?. Sedang buat apa tu?. Mungkin surirumahtangga di luar sana sedang berhempas pulas mengeluarkan keringat memasak di dapur untuk menyediakan menu malam ini. Walau apa saja yang sedang anda lakukan, ingatlah bahawa di blog ini tersedia banyak resipi-resipi yang mudah, praktikal dan relevan untuk diikuti.

Semaam  saya ke pasaraya e-MART untuk membeli barangan basah. Banyak sungguh barangan basah yang di tawarkan di sana. Harganya agak murah jika dibandingkan dengan pasar yang berdekatan dengan rumah. Saya pun apa lagi, dengan tamak dan penuh berselera terus memborong ikan, udang, ayam, sotong dan daging. Setelah tiba di rumah, Terus menyiang semua barang-barang itu dan masukkan ke dalam bekas-bekas mengikut hari untuk penggunaannya. Sebenarnya tidak suka membeli lauk pauk basah seperti ini dalam kuantiti yang banyak kerana rasa kemanisan bahan-bahan mentah itu akan berkurangan jika kita terlalu lama menyimpannya di dalam peti sejuk. Namun apakan daya, nafsu membeli telah mengatasi akal yang waras ketika itu. Sabar aje ler..



Baiklah, pagi ini saya ingin berkongsi satu resipi istimewa yang di bawakan secara langsung Dari Dapur saya di Matang. Apa macam?.Terliur tak melihat resipi saya kali ini. Resipi ini saya namakan Sambal Tumis Sotong Bersantan. Teringat saya zaman semasa tinggal di rumah nenek dahulu. Lebihan santan yang ada akan dimasukkan ke dalam sambal tumis yang nenek masak. Rasa sambal tumis buatan nenek memang sedap dan lazat. Ohhh...barulah saya tahu rahsianya. Letak santan rupa-rupanya.


Bahan-Bahan: 
  1. Sotong 1/2kg, 
  2. santan setengah biji, 
  3. minyak untuk menumis, 
  4. garam,
  5. serbuk perasa dan 
  6. sedikit gula.


Bahan Kisar: 
  1. 20 biji lada kering, 
  2. 1 ulas bawang putih dan 
  3. 1 labu bawang besar.
Sotong perlu di bersihkan dahulu dan buang hitamnya. Saya tidak menggunakan air asam atau segala bahan yang masam di dalam masakan sambal tumis kerana saya tidak mahu menghilangkan rasa manis atau asli udang dan sotong ya. Gula yang digunakan hanya satu sudu teh saja. Jangan berlebihan. Untuk mendapatkan sambal tumis yang enak lagi lazat, penggunaan minyak perlu bertepatan. Jangan kurang dan jangan lebih. Ada orang mencampurkan belacan ke dalam setiap sambal tumis yang mereka masak. saya kurang suka cara ini dan sambal tumis jenis ini cepat menjemukan rasa.

Kaedah Memasak: 

Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan-bahan kisar. Kacau hingga garing. Masukan pula sotong yang telah di bersihkan dan gaul rata. Masukan santan dan gaul lagi. Campakkan gula, garam dan serbuk perasa. Pastikan api pada tahap kepanasan sederhana dan biarkan sambal tumis itu mendidih dan mengeluarkan minyaknya yang lazat seperti gambar di atas. Setelah itu boleh dihidangkan ya. Selamat mencuba, jangan malu dan jangan segan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERKHIDMATAN & PROGRAM

Label

Manu (1)