Read more: ehow.com/how_6645877_create-image-slide-show.html#ixzz2f2ai9qt1...

Ahad, 15 September 2013

SUP KETAM

ISTIMEWA UNTUK PESAKIT DEMAM DENGGI

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog yang di sayangi.

di sini ingin berkongsi satu resipi yang sangat sesuai untuk menjamu para pesakit Demam Denggi. Dengarnya, resipi Sup Ketam ini boleh membongkar panas dan menjadikan darah pesakit Demam Denggi kembali normal seperti biasa. Apa lagi yang di tunggu, jom memasak...





Bahan-bahan lazim untuk memasak Sup Ketam ialah ketam (kalau dapat Ketam Nipah lagi baik), bahan kisar---> halia, bawang putih, bawang merah & lada putih, daun sup, daun bawang, bawang goreng, minyak untuk menumis dan air.



Ketam perlu dibersihkan seperti gambar di atas. Nampak tak??...




Oleh kerana bahan kisarnya sedikit, oleh itu, malas nak kisar menggunakan pengisar. tumbuk saja. Memekak pula kedengaran bunyi bising batu tumbuk berlaga dengan alu lesung.


Kemudian, panaskan periuk. Tuangkan minyak sedikit. Apabila minyak sudah panas, sila masukkan bahan kisar tadi.


Tumis hingga garing seperti gambar di atas ya. Gaul rata-rata.



Kemudian masukkan air putih sedikit. Kuah jangan sampai berladung-ladung. Ingat tu!!



Masukan pula ketam yang sudah dibersihkan.



Kemudian tuangkan air putih lagi hingga ke paras melepasi ketam-ketam itu. Kuah sup perlu dilebihkan sedikit kerana kuahnya akan cepat surut kerana kita akan menghirupnya semasa makan nanti. Tetapi jangan masukkan air secara berlebihan kerana bimbang hilang rasa kemanisan isi ketam .


Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa dan apabila kuah sudah mendidih dan kulit ketam sudah bertukar warna menjadi kemerahan, itu tandanya yang ketam itu sudah masak menyeluruh. Orang London kata 'Well Done'. Oleh itu, bolehlah padamkan api dapur ya.


Semasa hendak dihidangkan itu, sila hiriskan daun bawang dan daun sup kasar-kasar dan tabur ke dalam mangkuk Sup Ketam itu dan taburkan juga bawang goreng . Beginilah hasilnya masakan Sup Ketam istimewa untuk para pesakit Demam Denggi. Untuk pengetahuan pembaca semua, rasa Sup Ketam ini tidak hanyir tetapi manis isi ketam itu benar-benar membuatkan kita hendak terus menghirup kuahnya hingga menjilat mangkuk.

Apa tunggu lagi, jomlah cuba. Janganlah asyik memasak ketam dengan menu yang sama. Asyik-asyik Masak Lemak, Masak Kari, Masak Sambal dan Masak Black Pepper. Sesekali cuba pula resipi Sup Ketam ini ya pembaca.

Akhir kalam, pastikan ketam itu dicuci bersih dan lada putih wajib ditumbuk dan dimasukkan ke dalam Sup Ketam ini. Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERKHIDMATAN & PROGRAM

Label

Manu (1)